openSUSE Leap 42.3
Nota Terbitan #
openSUSE Leap ialah sistem operasi berasaskan Linux dan percuma untuk PC anda, laptop atau server. Anda boleh melayari Web, menguruskan email, foto, melakukan kerja pejabat, bermain video atau muzik dan menikmati pelbagai keseronokan!
Penghujung tempoh penyelenggaraan untuk openSUSE Leap 42.3 telah dicapai. Untuk memastikan sistem anda dikemaskini dan mantap, sila naik taraf ke versi openSUSE terkini. Sebelum memulakan naik taraf, pastikan penyelenggaraan kemaskini untuk openSUSE Leap 42.3 telah dilakukan.
Untuk maklumat lain berkaitan naik taraf ke openSUSE versi sekarang, sila lihat http://en.opensuse.org/SDB:Distribution-Upgrade.
Sekiranya anda menaik taraf dari versi terdahulu ke openSUSE Leap, lihat nota terbitan terdahulu seperti yang disenaraikan di sini: http://en.opensuse.org/openSUSE:Release_Notes.
Maklumat berkenaan projek ini boleh didapati di https://www.opensuse.org.
1 Pemasangan #
Bahagian ini mengandungi nota berkaitan pemasangan. Arahan naik taraf terperinci, sila lihat dokumentasi di https://doc.opensuse.org/documentation/leap/startup/html/book.opensuse.startup/part.basics.html.
1.1 Pemasangan Sistem Minimal #
Untuk mengelakkan sebahagian pakej besar yang disarankan terpasang, corak pemasangan minimal menggunakan corak lain yang bermasalah dengan pakej yang tidak diingini. Corak ini, patterns-openSUSE-minimal_base-conflicts
, boleh dibuang selepas pemasangan.
Ambil perhatian bahawa pemasangan minimal adalah tanpa firewall. Sekiranya anda memerlukannya, sila pasang SuSEfirewall2
.
1.2 UEFI — Unified Extensible Firmware Interface #
Pemasangan openSUSE dalam sistem yang boot menggunakan UEFI (Unified Extensible Firmware Interface), anda dinasihatkan supaya memeriksa terlebih dahulu kemaskini firmware dari pembekal peralatan, sekiranya ada, kemaskini berkaitan perlu dipasang. Kewujudan Windows 8 adalah penanda bahawa sistem anda boot dengan menggunakan UEFI.
Latar belakang: Terdapat UEFI firmware yang mempunyai pepijat boleh mengakibatkan kerosakan banyak data yang ditulis atas storan UEFI. Walaubagaimanapun, tiada data yang tepat berapa banyak “yang dikatakan banyak”.
openSUSE mengurangkan risiko dengan tidak menulis lebih dari minima yang sepatutnya untuk boot OS. Minima bermaksud arahan kepada UEFI firmware tentang lokasi openSUSE boot loader. Ciri-ciri Linux kernel bahawa penggunaan UEFI untuk menyimpan boot dan maklumat ralat (pstore
) telah dilumpuhkan secara asal.
1.3 Partition UEFI, GPT dan MS-DOS #
Berserta dengan spesifikasi EFI/UEFI, cara baharu partition digunakan: GPT (Guid Partition Table). Skim baharu ini secara keseluruhan menggunakan pengenalan yang tersendiri (nilai 128-bit dipaparkan dalam digit 32 hexadecimal) untuk mengenal pasti alatan storan dan jenis-jenis partition.
Tambahan lagi, spesifikasi UEFI juga membenarkan partition legasi MBR (MS-DOS). Boot loader Linux (ELILO atau GRUB 2) cuba untuk menghasilkan GUID secara automatik dalam partition legasi, dan menulis kepada firmware. GUID boleh bertukar secara kerap, mengakibatkan penulisan semula kepada firmware. Penulisan semula mengandungi dua operasi yang berbeza: Membuang entri lama dan menghasilkan satu entri baru menggantikan yang pertama.
Firmware yang moden mempunyai sisa yang mengumpul entri-entri yang telah dipadam dan melapangkan memori yang telah disediakan untuk entri-entri yang lama. Masalah akan timbul apabila firmware yang bermasalah tidak mengumpul dan melapangkan entri-entri tersebut. Ini mengakibatkan kepada sistem yang gagal diboot.
Untuk penyelesaian, tukarkan partition legasi MBR ke GPT.
1.4 Naiktaraf Stack Kernel Grafik #
On openSUSE Leap 42.3, the upgrade of the graphics stack up to 4.9.x kernel code is provided via the package drm-kmp-default instead of backporting many patches into the kernel itself. Usually, this package is installed automatically during the OS installation when a corresponding graphics device is found on your machine.
The KMP gives users also another benefit: You can roll back to the 4.4.x kernel code by uninstalling this package. If you face critical issues, like a hung GPU, try to uninstall the package as shown below, then reboot and retest:
zypper rm drm-kmp-default
1.5 Penukaran Untuk Pengguna Cara Memasang Driver Nvidia Secara Manual #
Dengan openSUSE Leap 42.3, anda perlu nyahpasang pakej drm-kmp-default terlebih dahulu, sebelum anda memasang driver Nvidia secara manual menggunakan .run
skrip shell:
zypper rm drm-kmp-default
Sekiranya anda memasang RPM disediakan oleh Nvidia, anda tidak akan terkesan dengan isu ini, kerana pakej drm-kmp-default digantikan semasa pemsanagn driver secara automatik.
Sekiranya anda bercadang untuk nyahpasang driver Nvidia kemudian, pastikan untuk memasang semula pakej drm-kmp-default.
Untuk maklumat lanjut, lihat https://bugzilla.suse.com/show_bug.cgi?id=1044816.
2 Naik Taraf Sistem #
Bahagian ini menyenaraikan nota berkaitan tentang menaik taraf sistem. Untuk arahan naik taraf terperinci, lihat dokumentasi di https://doc.opensuse.org/documentation/leap/startup/html/book.opensuse.startup/cha.update.osuse.html.
Additionally, check Section 3.1, “Deprecated Packages”.
2.1 Naik Taraf dari openSUSE Leap 42.2 #
2.1.1 Pakej Yang Telah Dibuang dan Digantikan #
Pakej-pakej berikut telah dibuang dan digantikan dibandingkan dengan openSUSE Leap 42.2:
ldapjdk: Gagal dibina untuk 42.3.
libatlas3: Fails to build on 42.3.
castor: Gagal untuk dibina untuk 42.3.
fontinfo: Tidak pernah berhasrat untuk diterbitkan sebagai pakej yang stabil.
plasma5-mediacenter: Digugurkan oleh pemaju setelah versi 5.7.3.
perl-Mojolicious-Plugin-Bootstrap3: Dilupuskan oleh pemaju, fungsi digantikan oleh perl-Mojolicious-Plugin-AssetPack.
qtsharp: Gagal dibina untuk 42.3.
rubygem-mysql: Digantikan oleh rubygem-mysql2.
2.1.2 Driver Synaptics Touchpad dengan KDE Plasma #
Dalam openSUSE Leap 42.2, driver X11 synaptics (pakej xf86-input-synaptics) telah tidak dipasang secara sedia (lihat Section 2.2.4, “Driver Synaptics X boleh mengurangkan keberkesanan Touchpad bawah GNOME”). Walaubagaimanapun, KDE Plasma hanya menawarkan tawaran terhad pilihan konfigurasi untuk pengganti, iaitu libinput.
Semenjak dari openSUSE Leap 42.3, xf86-input-synaptics pakej dipasang berserta dengan desktop KDE Plasma (dicadangkan oleh plasma5-workspace).
2.1.3 Perubahan dalam Desktop KDE Search Indexing #
Dalam openSUSE Leap 42.3, pencarian desktop hanya penunjuk nama-nama fail secara tersedia, bukan isi kandungan fail.
Kandungan penunjuk fail perlu didayakan secara manual, walaupun telah didayakan sebelumnya, memandangkan konfigurasi tersedia yang sebelum tidak disimpan kekal. Untuk berbuat begitu, ikut langkah-langkah tersebut:
Menggunakan menu utama atau krunner, lancarkan
.Klik
.Aktifkan check box
.Klik
.
2.1.4 Shorewall telah dinaik taraf ke versi 5.1 #
Dalam openSUSE Leap 42.3, Shorewall telah dinaik taraf ke 5.1 stabil terkini. Semasa naik taraf, shorewall dan shorewall6 akan memberi amaran kepada admin bahawa naik taraf konfigurasi diperlukan dijalankan.
Dokumentasi boleh didapati di http://shorewall.net/.
Procedure 1: Naik taraf Shorewall #
Dengan root dalam sesi konsole, jalankan:
root #
shorewall update -a /etc/shorewall
Selaraskan konfigurasi anda dengan syntax yang baharu dalam perkara dimana aturan tidak berjalan. Ini biasanya hanya diperlukan secara spesifik, konfigurasi yang sangat kompleks.
Pastikan dan semak hasil konfigurasi dengan:
root #
shorewall try /etc/shorewall
Sekiranya semua berjalan lancar, reboot komputer anda dan mulakan servis dengan:
root #
systemctl restart shorewall.service

Note: Naik taraf shorewall6
Proses naik taraf untuk shorewall6
sepadan dengan proses untuk shorewall
yang diterangkan dalam Procedure 1, “Naik taraf Shorewall”. Namun begitu, anda perlu menukarkan segala keperluan shorewall
dengan shorewall6
.
2.1.5 Pakej versi GCC 6 Menyamai Pakej Yang Disertakan Dengan SLE 12 SP3 #
openSUSE Leap 42.2 telah dikeluarkan secara tidak sengaja dengan versi terbaharu GCC 6 dari apa yang telah dikeluarkan oleh SUSE Linux Enterprise semasa itu. Ini telah diperbetulkan dalam openSUSE Leap 42.3 versi yang sama digunapakai GCC 6 sepertimana SUSE Linux Enterprise 12 SP3.
Walaubagaimana pun, sekiranya GCC 6 dipasang, ini akan akan mengakibatkan pakej diturunkan semasa sistem operasi dinaiktaraf.
2.2 Naik taraf dari openSUSE Leap 42.1 #
2.2.1 Pakej Yang Telah Dibuang dan Digantikan #
Pakej-pakej berikut telah dipadamkan atau digantikan dibandingkan dengan openSUSE Leap 42.1:
arista: Digantikan oleh transmageddon.
cadabra: Sumber kod tidak lagi dibina. Penggantinya, Cadabra 2 masih belum stabil lagi.
dropbear: Digugurkan kerana tiada kelebihan yang berkaitan berbanding openssh.
emerillon: Digantikan oleh gnome-maps.
gnome-system-log: Digantikan oleh gnome-logs.
hawk: Digantikan oleh hawk2.
ksnapshot: Digantikan oleh spectacle.
labplot: Labplot telah digantikan oleh versi Qt5, dipanggil labplot-kf5. Sekiranya anda menaik taraf dari openSUSE Leap 42.1 pemasangan yang mana labplot telah dipasang, anda akan mendapat labplot-kf5 secara automatik.
nodejs: Ditukar nama ke nodejs4.
psi: Digantikan oleh psi+.
python-moin: Digantikan oleh moinmoin-wiki. Hanya ubah nama, bukan versi naik taraf - pengantian seakan rupa.
ungifsicle: Digantikan oleh gifsicle.
xchat: Digantikan oleh hexchat.
2.2.2 /var/cache
dalam Own Subvolume untuk Snapshots dan Rollback #
/var/cache
mengandungi banyak data yang rapuh, seperti Zypper cache dengan pakej RPM dalam versi yang berlainan setiap kali kemas kini dilakukan. Hasil dari penyimpanan data yang kebanyakannya sangat rapuh, jumlah penggunaan ruang yang digunakan adalah amat pantas.
Sebagai penyelesaian, pindah /var/cache
kepada subvolume yang berasingan. Pemasangan baharu openSUSE Leap 42.3, ianya dilakukan secara automatik. Untuk penukaran sistem fail root sedia ada, lakukan langkah-langkah berikut:
Cari nama pemacu (sebagai contoh,
/dev/sda2
atau/dev/sda3
) dalam sistem fail root:df /
Kenal pasti subvolume induk dari subvolume yang lain. Untuk pemasangan openSUSE 13.2, subvolume dinamakan
@
. Untuk semak sekiranya anda mempunyai@
subvolume, gunakan:btrfs subvolume list / | grep '@'
Sekiranya hasil dari arahan adalah kosong, anda tidak mempunyai subvolume bernama
@
. Sekiranya begitu, anda boleh meneruskan dengan subvolume ID 5 yang digunakan oleh versi openSUSE yang terdahulu.Sekarang dirikan subvolume yang diperlukan.
Sekiranya anda mempunyai
@
subvolume, dirikan subvolume tersebut ke tempat yang sementara:mount <root_device> -o subvol=@ /mnt
Sekiranya anda tidak mempunyai
@
subvolume, dirikan subvolume ID 5:mount <root_device> -o subvolid=5 /mnt
/mnt/var/cache
berkemungkinan telah sedia wujud dan boleh jadi dalam direktori yang sama sebagai/var/cache
. Untuk mengelakkan kehilangan data, pindahkan:mv /mnt/var/cache /mnt/var/cache.old
Buat satu subvolume baharu:
btrfs subvol create /mnt/var/cache
Sekiranya terdapat satu direktori
/var/cache.old
, pindahkannya ke lokasi yang baharu:mv /var/cache.old/* /mnt/var/cache
Jika sebaliknya, lakukan:
mv /var/cache/* /mnt/var/cache/
(Optional) Sebagai pilihan, padam
/mnt/var/cache.old
:rm -rf /mnt/var/cache.old
Unmount subvolume daripada mount point sementara:
umount /mnt
Masukkan satu entri kepada
/etc/fstab
untuk subvolume/var/cache
yang baharu. Gunakan subvolume sedia ada sebagai contoh untuk ditiru. Pastikan untuk membiarkan UUID tidak disentuh (ini ialah sistem fail root UUID) dan tukarkan nama subvolume dan tapak mount selaras dengan/var/cache
.Dirikan subvolume baharu seperti yang diperincikan dalam
/etc/fstab
:mount /var/cache
2.2.3 GNOME Keyring tidak lagi bergabung dengan GPG lagi #
Gabungan ejen GPG dalam GNOME Keyring telah digugurkan. Dengan itu, GNOME Keyring tidak boleh digunakan untuk menguruskan kunci GPG lagi . Anda boleh menguruskan kunci GPG dalam baris arahan menggunakan alat gpg
.
2.2.4 Driver Synaptics X boleh mengurangkan keberkesanan Touchpad bawah GNOME #
Dalam openSUSE Leap 42.1, driver Synaptics X (pakej xf86-input-synaptics) telah dipasang secara sedia tetapi mempunyai tumpuan yang kurang berbanding driver libinput (xf86-input-libinput).
Dengan openSUSE Leap 42.3:
Driver Synaptics X tidak lagi dipasang secara sedia.
Sekiranya driver Synaptics X dipasang, ianya akan digunakan untuk mana-mana pad sesentuh.
Driver Synaptics X tidak lagi disokong oleh GNOME. Ini bermakna sekiranya driver telah dipasang, pad sesentuh Synaptics hanya boleh diatur sepertimana asas tetikus.
Melainkan anda menggunakan pad sesentuh Synaptics dan mempunyai banyak konfigurasi untuk driver Synaptics, buang pakej tersebut dari sistem anda:
sudo zypper rm xf86-input-synaptics
2.2.5 AArch64: Saiz helaian telah berubah dari openSUSE Leap 42.1 kepada openSUSE Leap 42.3 #
Dalam openSUSE Leap 42.1, saiz page tersedia untuk platform AArch64 adalah 64 kB. Dengan openSUSE Leap 42.3, saiz page telah ditukarkan ke 4 kB. Ini boleh mengakibatkan Swap dan Btrfs sistem fail lama gagal.
Sekiranya anda menggunakan openSUSE Leap 42.1 dengan AArch64, digalakkan pemasangan baharu openSUSE Leap 42.3 daripada cara naik taraf.
2.2.6 Sistem dengan CCISS Controllers Berkemungkinan Gagal Boot Selepas Naik Taraf #
Driver untuk Compaq/HP Smart Array (CCISS) controllers (cciss.ko
) tidak lagi menyokong sebahagian kawalan secara tersedia. Ini boleh membawa kepada disk root tidak boleh dibaca oleh kernel openSUSE Leap 42.3.
Dalam sistem yang terkesan, driver CCISS boleh diaturkan semula untuk mengembalikan kepada keadaan telah lepas dan untuk mengesan kawalan kembali. Untuk berbuat begitu, tambahkan kedalam kernel parameter cciss.cciss_allow_hpsa=0
.
3 Umum #
Bahagian ini menyenaraikan isu-isu umum dengan openSUSE Leap 42.3 yang tidak berkaitan dengan mana-mana kategori.
3.1 Deprecated Packages #
The following packages are still shipped as part of the distribution but are deprecated. The packages exist to aid migration, but their use is discouraged and they may not receive updates. The packages will be removed in the next version of the distribution.
lxdm: Unmaintained, use lightdm instead.
mysql-community-server: May not receive maintenance and security fixes anymore. We advise migrating to mariadb.
ruby2.2-*: For development only. Use Ruby 2.1 or 2.4 instead.
ruby2.3-*: For development only. Use Ruby 2.1 or 2.4 instead.
uClibc: Unmaintained.
To check whether installed packages are no longer maintained: Make sure that lifecycle-data-openSUSE is installed, then use the command:
zypper lifecycle
3.2 Perisian KDE untuk Personal Information Management (KDE PIM) #
KDE PIM 4.x todak lagi disokong oleh KDE, tetapi masih tetap digunakan dalam openSUSE Leap 42.2 berserta dengan KDE PIM 5 untuk mengelakkan gangguan aliran kerja pengguna dan memudahkan perpindahan.
Dengan openSUSE Leap 42.3, kumpulan KDE PIM 4.x telah digugurkan dan hanya sokongan kumpulan KDE PIM 5 disertakan.
3.3 Tiada Kunci Skrin Semasa Menggunakan GNOME Shell Tetapi Tidak Dengan GDM #
Apabila menggunakan GNOME Shell berserta dengan pengurus login selain dari GDM, seperti SDDM atau LightDM, skrin tidak akan dikosongkan atau dikunci. Ditambah lagi, penukaran pengguna tanpa log keluar akan gagal.
Untuk membolehkan skrin dikunci dari GNOME Shell, upayakan GDM sebagai pengurus login anda:
Pastikan pakej gdm telah dipasang.
Buka YaST dan dari situ, buka
.Arahkan ke
› › .Dalam kotak teks, pilih
gdm
. Untuk simpan, klik .Reboot.
3.5 Memainkan Fail MP3 Media #
Bermula dengan openSUSE Leap 42.3, codecs untuk memainkan fail media MP3 sekarang tersedia berdasarkan repositori standard.
Untuk menggunakan dekoder dalam applikasi gstreamer-based and frameworks, seperti Rhythmbox atau Totem, pasang pakej gstreamer-plugins-ugly
.
3.6 Tiada sokongan untuk Font Type-1 dalam LibreOffice #
LibreOffice 5.3 tidak lagi menyokong legasi font Type-1 (file extensions .afm
dan .pfb
). Kebanyakkan pengguna tidak akan terjejas disebabkan itu, font terkini boleh didapati dalam format TrueType (.ttf
) atau format OpenType (.otf
).
Sekiranya anda terjejas, tukarkan font Type-1 kepada format lain yang disokong, seperti TrueType dan gunakan font yang telah diubah tersebut. Penukaran adalah boleh dengan applikasi FontForge (package fontforge) yang telah disediakan dalam openSUSE. Untuk maklumat lanjut pnukaran tersebut, lihat https://fontforge.github.io/en-US/documentation/scripting/.
4 Maklumat tambahan dan maklum balas #
Baca
README
dokumen.Paparan maklumat changelog yang lengkap tentang pakej tertentu dari RPM:
rpm --changelog -qp FILENAME.rpm
Ganti FILENAME dengan nama RPM berikut.
Semak fail
ChangeLog
dalam medium untuk susunan log sebarang perubahan yang dibuat kepada pakej yang telah dikemas kini.Lihat maklumat lebih lanjut dalam direktori
docu
medium tersebut.Untuk tambahan atau dokumentasi tambahan, lihat https://doc.opensuse.org/.
Untuk produk berita terkini, daripada openSUSE, lawati https://www.opensuse.org.
Hakcipta © 2021 SUSE LLC
Terima kasih kerana menggunakan openSUSE.
The openSUSE Team.